Semakan Jurnal

 


August 12, 2022

    Pada hari ini, kelas Performing Art diadakan di kelas saya, 3 Oxford. Cikgu Noel mengambil alih kelas kami hari ini.


   Jadi, pada hari ini cikgu tidak mengajar kami tetapi cikgu mahu semak semua journal yang telah dibuat. Pada awal kelas, saya bermain kapal terbang kertas dan dirampas. Cikgu teruskan kelas dengan menyemak journal setiap orang. Ada juga rakan saya yang tidak buat tugas itu walaupun satu. Cikgu bentangkan setiap journal yang disemak di kelas dan majoriti cikgu komen untuk semua orang muat naik journal yang terkini.


   Selepas itu, cikgu menanya kami pelajaran yang telah diajar serta membuat revisi supaya kami bersedia dengan peperiksaan yang akan datang. Cikgu juga memberitahu pemarkahan bagi markah semester satu.


   Akhir sekali, kami semua faham dengan arahan dan nasihat yang diberi. Saya berasa puas hati dengan kelas hari ini.


I.B Learner Profile


Reflective


Saya mengambil nasihat cikgu agar menjadi lebih rajin dalam membuat tugasan.


Open Minded


Saya menerima apa sahaja komen yang cikgu dan rakan-rakan saya berikan memperbaiki diri saya.

Comments