Perbincangan Produksi


 Tarikh : 2/11/2022


Tempat: Studio Tari


Pada pagi yang indah ini, kelas Performing Arts bersama cikgu Elven di studio tari. Kami menyambung perbincangan kelas sebelumnya iaitu mengenai teater atau produksi bagi batch kami. Cikgu memulakan dengan perbincangan bagi perkembangan dalam produksi kami mengikut jawatan ajk. Cikgu juga memberi sedikit idea bagi menambah baik kerja kami. Saya sangat tertarik dengan "merchandising" iaitu penjualan barangan yang kami buat dan saya harapkan sesuatu yang bernilai bagi produksi kami ini supaya boleh dijadikan kenangan bagi kerjasama kami.


Perbincangan ini berjalan dengan lancar, ada yang gelak ketawa, bergurau senda sambil berbincang. Cikgu juga memberi idea supaya kami mendapatkan sedikit bantuan atau sokongan daripada ibu bapa. Akhir sekali, penari akan ada audition dengan cikgu Elven dan saya perlu bersiap sedia dengan tarian atau gerakan yang pernah saya pelajari sebelum ini.


Harapan saya ialah kerja atau tugas yang diberi pada setiap orang dapat dilakukan dengan baik dan setakat ini tiada masalah yang dihadapi. Learner Profile yang saya dapat adalah communicators dan open-minded kerana kami saling berbincang supaya mendapat persetujuan dan penambahbaikan dalam produksi kami ini.

Comments